Thursday, March 22, 2007

KESAN-KESAN PENCEMARAN

Pencemaran Alam Sekitar

Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemar .

Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia. Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu:

( a ) Pencemaran udara ( b ) Pencemaran air ( c ) Pencemaran tanah

PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara berlaku bila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahan-bahan pencemar ini ialah habuk, debu, asap, dan gas-gas beracun . Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan pencemar utama yang dihasilkan .
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN
BAHAN-BAHAN PENCEMAR

Pembakaran bahan api di kilang dan dalam enjin kenderaan bermotor
Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida, karbon monoksid dan debu
Pembakaran sampah sarap dan hutan secara besar-besaran
Gas karbon dioksida dan debu
Penyemburan racun serangga dan bahan-bahan kimia
Gas dan kimia beracun
Penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC)
Gas CFC Kesan Pencemaran Udara
Menjejaskan kesihatan

1 . Apabila kita menarik nafas , udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskan kesihatan kita . 2 . Debu dan gas-gas beracun daripada kilang -kilang , ekzos kenderaan dan penyemburan racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut . 3 . Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata .
Penyusutan Lapisan Ozon
1 . Lapisan ozon di udara ialah lapisan yang melindungi kita daripada sinaran terik matahari . 2 . Pembebasan gas CFC yang digunakan dalam alat-alat menyembur , alat penyaman udara dalam peti sejuk menipiskan lapisan ozon . 3 . Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi . 4 . Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan penyakit kanser kulit .
Pembetukan Hujan Asid
1 . Gas-gas sulfur diosida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan membentuk hujan asid . 2 . Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan . 3 . Ia juga menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan .
Kenaikan Suhu Di Bumi
1 . Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba . 2 . Jadi suhu di bumi menigkat dan persekitaran kita menjadi panas . 3 . Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat di dunia .
PENCEMARAN AIR

1 . Punca bekalan air datang dari sungai , laut , kolam dan tasik . 2 . Air boleh dicemari melalui ( a ) pembuangan bahan-bahan sisa kilang ( b ) tumpahan minyak dari kapal laut ( c ) pembuangan sampah-sarap dan najis ( d ) hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa .

Kesan Pencemaran Air

Menjejaskan Kesihatan
1 . Sisa-sisakilang yang dibuang ke dalam sungai meracuni air sungai . 2 . Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut diminum atau digunakan untuk mandi . 3 . Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula mengalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit .
Pembunuh Hidupan Air
1 . Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut . 2 . Jadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati . 3 . Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air . 4 . Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan tanah menghalang kemasukan sinaran matahari kedalam air . 5 . Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air .

Memburukkan Keindahan Alam
1 . Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang . 2 . Air sungai dan laut juga berbau busuk .

PENCEMARAN TANAH

Sesuatu kawasan tanah dicemari melalui : ( a ) pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat ( b ) penyemburan racun serangga ( c ) aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan .
Kesan Pencemaran Tanah

Hakisan Tanah
1 . Aktiviti-aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tanah terdedah . 2 . Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan .
Membunuh Haiwan Di Bawah Tanah
1 . Racun serangga yang disembur meresap masuk dan berkumpul dalam tanah . 2 . Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini .
Menjejaskan Kesihatan
1 . Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit . 2 . Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain . 3 . Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , kita mungkin diserang penyakit .

Kekurangan Tanah Subur
1 . Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan kesusutan tanah . 2 . Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian .
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Untuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran , kita perlu mengambil langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran . Di antara langkah-langkah yang diambil ialah :
( a ) mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka
( b ) menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun dari kilang-kilang dan kenderaan .
( c ) membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan
( d ) mengawal aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan
( e ) menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar
( f ) menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan.
.

No comments: